Read More

Lamborghini Aventador 500kg Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat disamping keluarga tersayang. Tidak terlambat juga untuk mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha. Diharapkan Aidil adha ini akan menjadi tahun yang ceria buat semua disamping mengerti erti pengorbanan sebenar. Untuk sesi perkongsian kali ini, ribut emas mahu kongsikan tentang sebuah kereta Lamborghini Aventador dari 500kg emas berharga RM23.9 juta. London: Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah...
October 17 2013   Posted Under: Berita Emas

Lamborghini Aventador 500kg Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat disamping keluarga tersayang. Tidak terlambat juga untuk mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha. Diharapkan Aidil adha ini akan menjadi tahun yang ceria buat semua disamping mengerti erti pengorbanan sebenar. Untuk sesi perkongsian kali ini, ribut emas mahu kongsikan tentang sebuah kereta Lamborghini Aventador dari 500kg emas berharga RM23.9 juta.

London: Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah untuk melelong kenderaan tempahan khas itu, tetapi jika pembeli mahu memintas proses bidaan dan membelinya sekarang, pengeluar menawarkan Dh26.75 juta (RM23.8 juta) atau tawaran yang hampir.

http://ributemas.izzman.com/wp-content/uploads/2013/10/lamogini-emas.jpg

Sebahagian daripada wang itu akan disumbang kepada kebajikan. Kenderaan itu dibina berasaskan gentian karbon yang kemudian disalut emas dan lampu besarnya bertatahkan berlian. Setiap tempat duduk mempunyai 700 batu permata berharga yang dijahit pada fabriknya. Projek itu melayakkannya meraih empat gelaran Rekod Dunia Guinness model paling mahal di dunia, kereta paling selamat yang diperbuat daripada kaca kalis peluru, logo paling berharga dan satu-satunya kereta yang dibina daripada 500 kilogram bongkah emas padu. – Agensi

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com/

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More October 17, 2013   Posted Under: Berita Emas

Salam Ramadhan Ribut Emas

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Salam Ramadhan kepada semua semoga anda semua dapat menjalani ibadah dibulan Ramadhan ini dengan penuh ketakwaan.
Agak lama kami di Ribut Emas tidak mengemaskini blog ini. Ramai yang bertanya namun bagi mereka yang telah pon like facebook Ribut Emas, kami akan sentiasa update di facebook terutama berkaitan emas, perak dan kewangan semasa. Terima kasih juga kepada semua pembaca sekalian kerana masih bersama-sama kami. :)

Dikesempatan ini kami mengucapkan Salam Ramadhan buat semua. Jangan tinggal puasa. :) Untuk dapatkan update terkini sila like facebook kami di https://www.facebook.com/ributemas

Read More July 11, 2013   Posted Under: Berita Emas

Ramalan Harga Emas 2013 – 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat Hari Wilayah pada papi jumaat yang indah ini. Semoga anda semua dapat berehat bersama keluarga tersayang. :) Perkongsian diteruskan lagi dengan ramalan harga emas untuk tahun 2013 mendatang. Semoga apa yang diharapkan menjadi kenyataan.

Ramalan Harga Emas 2013 Hingga 2015 Yang Diramalkan Oleh Ahli Emas Dunia

Harga emas dunia dijangkakan akan terus meningkat. Selain faktor permintaan emas yang meningkat kerana populasi manusia yang meningkat berganda, faktor ekonomi dunia kerana krisis ekonomi yang melanda beberapa negara Eropah mengukuhkan lagi bukti bahawa harga emas akan meningkat berganda bermula tahun 2013.Hasil pembacaan artikel dan berita emas ahli peramal emas dunia telah membuat beberapa ramalan harga emas bagi tahun 2013 hingga 2015.

rekod harga emas

Rekod harga emas 1993- 2013

Berikut adalah ramalan harga emas oleh ahli emas dunia :

1. Rob McEwen (Chief Executive Officer – CEO dari US Gold Corp Inc.)
Rob Mcwen meramalkan harga emas akan mencapai US$ 5,000/oz dalam jangkamasa antara 2012 – 2014.
Alasannya : Hutang Amerika yang terus meningkat akan mencapai skala yang di sebut sebagai horrific scale(skala menyeramkan) . Dari masalah hutang yang pelik tersebut , menurut Rob akhir tahun ini saja harga emas boleh mencapai US$ 2,000/oz.

Rob McEwen, Chairman and CEO of US Gold Corp. and Minera Andes Inc., says gold prices are going to more than double before the bull market in precious metals is over. Speaking to a reporter from Stock to Buy, McEwen emphasized the importance of gold in a properly diversified portfolio. “Gold is money. People invest in it to protect their other investments,” McEwen said. “By the time it peaks, I think it’ll be at $5,000 an ounce.”

2. Peter Cooper ( Penulis buku “Dubai Sabbatical : The Road to US$ 5,000 Gold)
Peter Cooper pula menganggarkan harga emas akan mencapai US$ 5,000/oz dalam waktu terdekat. Alasannya : Negara-negara dunia mengalami krisis ekonomi dan Negara-negara ini akan beralih kepada pelaburan yang selamat. Pelaburan yang selamat sekarang ini adalah pelaburan emas. Pembelian emas yang banyak akan menyebabkan harga emas meningkat.

3. Egon von Greyerz ( Managing Derector dari Matterhorn Asset Management – Swiss)
Egon von Greyerz pula meramalkan harga emas berada pada harga US$ 5,000/oz – US$ 10,000/oz dalam beberapa tahun akan datang.

Alasannya : pertama bila real inflation seperti yang dinyatakan oleh Shadowstats.com digunakan untuk mengukur harga emas, maka harga emas akan berganda 6 kali dari harga sekarang.
Kedua, bekalan emas yang tidak cukup untuk mmenuhi prmintaan emas yang meningkat dengan cepat.

4. Alf Field ( Tekenal di dunia sebagai World’s Best Gold Analyst)
Alf Field meramalkan harga emas akan berada diantara US 5,000/Oz – US$ 10,000/Oz.
Alasannya : Jika mengikut aras harga tahun 70-an ke 80-an dimana harga emas melonjak 24.3 x dalam 1 dekad, kenaikan emas dekad ini akan mencapai US$ 6,221/Oz.Krisis ekonomi dunia skarang menyebabkan systemic meltdown menyebabkan nilai wang kertas menjadi semakin tidak bernilai.

5. Arnold Bock ( Penulis pada website paling terkenal di dunia Kitco.com) Arnold Bock menyatakan harga emas akan naik secara parabola. Alasannya :
a) kegagalan pemerintah-pemerintah dunia membayar hutang
b) Raksasa-raksasa financial dunia akan bangkrap
c) Inflasi dan devaluasi matawang-matawang dunia
d) manipulasi harga emas sehingga sekarang masih rendah
e) Bekalan emas yang kurang berbanding permintaannya yang semakin meningkat
f) Keperluan Negara dunia untuk melabur ditempat yang selamat…apalagi jika tidak pelaburan emas…

Ramalan diatas adalah ramalan semata-mata dan kita jangan percaya sangat, namun kita harus percaya bahawa purata kenaikan harga emas adalah antara 25% hingga 40% setahun. Jika ramalan pakar emas di atas adalah benar ianya adalah bonus bagi pelabur emas. Saya juga meramalkan harga emas akan naik pada harga US$2000-US$5000 pada tahun 2013 atau 2014 atau 2015 .

p/s: Semua ramalan tu oleh pakar2 emas Barat. Tapi yg paling pakar Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dah pesan 1400 thn yg lalu lagi dah suruh simpan dinar & dirham ni…

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com/

Facebook Pages : href="http://www.facebook.com/ributemas">http://www.facebook.com/ributemas

Read More February 1, 2013   Posted Under: Berita Emas

Syiling perak pertama AS dilelong RM30.445 juta

Assalamualaikum dan salam sejahtera. salam maulidur rasul. semoga anda semua di dalam sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.Kali ini Ribut emas akan berkongsi kerbaitan syiling perak pertama AS yang dilelong pada harga RM30.445 juta. woww untungnyeee. :) ikuti kisah selanjutnya.

Wang syiling dolar perak pertama Amerika bertarikh 1794 yang dilelong pada harga RM30,445 juta.

Wang syiling dolar perak pertama Amerika bertarikh 1794 yang dilelong pada harga RM30,445 juta.

New York: Sekeping wang syiling dolar perak bertarikh 1794, dipercayai syiling pertama dikeluarkan Agensi Pengeluar dan Pengedar Wang Syiling Amerika (US Mint) dijual dengan harga AS$10 juta (RM30.445 juta) pada satu lelongan semalam.

Syarikat pelelong Stack’s Bowers Galleries berkata nilai wang syiling yang dikenali sebagai The Flowing Hair Silver Dollar itu adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding satu set wang syiling yang dilelong pada 1999 dengan harga AS$4.1 juta (RM12.482 juta).
Barang paling popular

Firma pengumpul dan pedagang wang syiling lama, Legend Numismatics membeli mata wang berkenaan yang menjadi antara barangan paling popular di dalam lelongan itu.

“Kami yakin ini adalah mata wang syiling pertama mencapai tawaran jualan AS$10 juta dolar di dalam lelongan itu, tetapi kami bersedia untuk menawarkan harga lebih tinggi demi mendapatkan bahan bersejarah yang unik ini,” kata firma berkenaan di dalam satu kenyataan.

Tak mahu jual

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Legend Numismatics tidak berhasrat untukmenjual wang syiling berkenaan di dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Stack’s Bowers Galleries, David Bowers berkata, mata wang syiling itu mempunyai reka bentuk yang unik dan menjadikan ia bernilai tinggi.

“Ia adalah mata wang dolar logam pertama Amerika dan yang paling halus buatannya. Anda boleh melihat kombinasi hasil seni rekanya. Tiada muzium yang mempunyai kepingan mata wang seperti itu,” katanya.

Wang syiling itu adalah sebahagian daripada koleksi Yayasan Pengumpulan dan Pendidikan Cardinal (CCEF) yang dikumpulkan penyelidik dan kuratornya, Martin Logies. – REUTERSa

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com/

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More January 26, 2013   Posted Under: Berita Emas

Baju emas 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat disamping keluarga tersayang. Tidak terlambat juga untuk Ribut Emas mengucapkan selamat menyambut tahun baru. Diharapkan tahun 2013 ini akan menjadi tahun yang ceria buat semua. :)

Untuk sesi perkongsian pertama untuk tahun 2013 ini, ribut emas mahu kongsikan apa yang berlaku di mumbai, India. Dimana seorang ahli perniagaan India telah menempah baju yang diperbuat daripada emas. Ikuti kisah berikut yang dipetik dari harian metro 4 januari lalu.

baju emas

baju emas

MUMBAI: Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.

Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.

Baju itu didakwa berharga RM800,000.

Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski – sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.

Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.

Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.

“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.

“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya. – HT

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com/

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More January 6, 2013   Posted Under: Berita Emas

Dividen ASB 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat disamping keluarga tersayang.

PNB baru sahaja mengumumkan kadar dividen ASB untuk tahun 2012 iaitu dividen 7.75 sen dan bonus 1.15 sen. Ianya merupakan kadar tertinggi untuk tempoh 5 tahun.

Meningkat sedikit dari tahun sebelumnya pada 7.65 sen, dengan kadar bonys kekal sama pada 1.15 sen.

Bagi mereka yang telah melabur selama genap 10 tahun pula, kadar dividen adalah sebanyak 8.9 sen. Ia merupakan satu kadar yang agak lumayan bagi ASB. Bagi mereka yang baru melabur setahun, pulangan dividen mereka pula adalah sebanyak 7.865.

Petikan penuh dari Berita Harian:

————————————————————–

Kuala Lumpur: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Ia meningkat 0.1 sen seunit berbanding tahun lalu iaitu 7.65 sen seunit dan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan membabitkan pembayaran berjumlah RM8.13 bilion, iaitu peningkatan 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada tahun sebelumnya.

RM712.21 juta bayar bonus

Beliau berkata, ahli Lembaga Pengarah PNB juga bersetuju memperuntukkan RM712.21 juta sebagai pembayaran bonus, iaitu bersamaan 1.15 sen seunit, kadar sama diperuntukkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Pembayaran itu akan memanfaatkan 7.82 juta pemegang unit yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.

“Secara keseluruhan, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 masih memuaskan walaupun kelembapan ekonomi negara maju serta krisis kewangan di Eropah mempengaruhi pasaran saham dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Ahmad Sarji berkata, selaras falsafah dan objektif pelaburan tabung ASB sebagai tabung unit amanah berharga tetap, pengekalan modal dan kemampuan mengagihkan pendapatan secara berterusan menjadi keutamaan.

Beliau berkata, sehingga 19 Disember 2012, ASB memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM8.54 bilion.

Daripada jumlah itu, pendapatan dividen diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Sementara itu, pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus, manakala selebihnya, iaitu RM1.06 bilion atau 12.41 peratus daripada sumber pendapatan lain.

Kemaskini buku pelaburan

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari depan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB berkemampuan mengagih dividen dan bonus sebanyak 10.8 sen seunit dalam tahun kewangan dikaji, tetapi selepas dibuat pertimbangan, ia ditetapkan pada 8.9 sen seunit (7.75 sen bagi dividen dan bonus 1.15 sen).

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com/
Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More December 26, 2012   Posted Under: Kewangan

Jangan melabur Emas tanpa Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat di samping keluarga tersayang. :) Bertemu kita lagi dalam sesi seterusnya bersama Ribut Emas. Sesi kali ini adalah bertajuk jangan melabur Emas tanpa Ilmu. Sebenarnya bukan hanya melabur emas sahaja memerlukan ilmu, bahkan dalam apa jua bidang yang ingin kita masuki perlulah mempunyai ilmu. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kami di Ribut Emas untuk mendidik anda semua dalam sesi perkongsian saya di Ribut Emas ini.

Ingat Ilmu first.

Melabur keatas ilmu, anda akan untung,

Melabur emas dengan ilmu, anda akan lebih untung. :)

Melabur Emas dengan ilmu percuma dari Ribut Emas, anda akan lebih untung, dan bahagia :)

Dek kerana mahukan cepat kaya, inilah yang terjadi. Saya sangat sedih :(

Belilah emas dan perak fizikal, beli emas dengan duit dan anda pastikan emas ditangan anda dan terpulang kepada anda mahu buat apa dengan emas tersebut. :) Seperti membeli di kedai emas biasa. Jauhi skim-skim yang menawarkan imbuhan tetap secara bulanan, jauhi pembelian emas yang terlalu murah dari harga pasaran, jauhi membeli emas maya yang tiada jasad hanya roh sahaja terawang-awangan di internet, jauhi membeli emas dengan membayar 30% nilai barang emas, dan banyak lagi modes operandi yang dilakukan sesetengah pihak yang melibatkan emas ini. Jika tuan/puan ikut nasihat ikhlas saya ini, InsyaAllah anda selamat dari terjebak.

Saya juga mendoakan diri saya, keluarga dan anda semua ya :) Ikuti kisah pelaburan emas yang mengamalkan sistem skim di bawah :

bestino

bestino

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More March 31, 2012   Posted Under: Berita Emas

Syiling emas dan perak lama ditemui di Sarasota, Florida

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat di samping keluarga tersayang. :) Bertemu kita lagi dalam sesi seterusnya bersama Ribut Emas. Sesi kali ini adalah bertajuk Syiling emas dan perak lama ditemui di Sarasota,Florida.

Kami di Ribut Emas mencerahkan isu ini kepada umum kerana bagi membuka mata anda semua yang masih belum mengetahui hakikat wang yang sebenar. Dengan pembuktian penemuan ini, maka benarlah teori fakta yang mengatakan wang sejak zaman dahulu adalah berunsurkan emas dan perak. Namun jika kita lihat kini, ia telah di tukar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya di panggil wang. Duit bernilai besar kini hanyalah diperbuat dari kertas dan polimer. Apabila ia di bakar, maka lenyaplah ia dari dunia ini berbanding emas dan perak yang utuh nilainya walaupon menjadi debu. :) Teruskan dengan pencerahan di bawah :

syiling emas florida

BEBERAPA keping duit lama syiling emas dipegang oleh seorang pakar harta karun di sebuah lokasi rahsia di Sarasota, Florida kelmarin.

TAMPA – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan sejumlah duit syiling perak dan emas yang ditemui dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804 telah dihantar ke Sepanyol dengan dua buah pesawat semalam.

Kapal itu karam selepas dibedil sebuah kapal perang British. Duta Sepanyol ke AS, Jorge Dezcallar de Mazarmen menyaksikan dua buah pesawat kargo Sepanyol membawa 594,000 keping duit syiling perak dan artifak lain di Pangkalan Tentera Udara MacDill di sini.

Sebelum ini hakim sebuah mahkamah mengarahkan firma Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di sini menyerahkan duit syiling dan artifak tersebut kepada kerajaan Sepanyol dalam satu perbicaraan berhubung pemilikan harta karun itu.

Firma itu menemui bangkai kapal Sepanyol, Nuestra Senora de las Mercedes di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007. Ketika itu, harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion). Kapal tersebut dipercayai membawa 200 orang semasa ia karam. – Agensi

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More February 26, 2012   Posted Under: Berita Emas

Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium BSN

Assalamulalaikum dan salm sejahtera. :)

Bertemu kita lagi dalam pencerahan yang selanjutnya berkaitan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Sebelum ini,  Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) mendapat perhatian ramai apabila timbul isu tidak patuh syariah.

bsn

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 yang lalu telah membincangkan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak.
Kepada anda semua yang mempunyai sijil ini, anda tidak perlu bimbang lagi berkaitan isu patuh syariah :) Semoga anda semua dapat membantu ekonomi keluarga anda.

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More February 25, 2012   Posted Under: Kewangan

Dirham Public Gold kini berada di pasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang. :) Kali ini Ribut Emas ingin memperkenalkan Dirham baru yang berada di pasaran keluaran Public Gold.

10 dirham public gold

Pada ketika ini, public gold hanya mengeluarkan 10 Dirham sahaja. Namun cadangan untuk mengeluarkan dirham – dirham yang lebih kecil masih di dalam proses dan ianya tidak mustahil akan di keluarkan dalam masa terdekat. :) Sempena harga perak dunia yang meningkat hari ini, harga permulaan bagi 10 Dirham adalah RM150.00. Untuk makluman juga, dirham dari public gold ini mempunyai cert atau pon sijil kelahiran seperti yang ada pada dinar :) Manakala beratnya pula adalah  29.75g

HARGA PERMULAAN DIRHAM

Harga Permulaan 10 Dirham

new dirham public gold

Dirham public gold dari hadapan

new dirham public gold

Dirham public gold dari belakang

 

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

Read More February 24, 2012   Posted Under: Berita Emas
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline