Virgin Gold Mining disahkan SCAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini saya di RibutEmas telah ditawarkan peluang menyertai Virgin Gold Mining (VGMC), sebuah syarikat pelaburan emas yang melibatkan jual beli saham secara maya. Sudah menjadi tabiat saya untuk membuat kajian sendiri sebelum mencuba. Pulangan yang dijanjikan memang lumayan, tapi ada beberapa faktor yang membuat hati ni tidak berapa senang. Saya akan kongsikan beberapa fakta yang saya dapat dari hasil kajian tersebut. Anda nganga, nanti saya suapkan ye.. :) hee joke je.. same2 kaji laa..

Sedikit Maklumat Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

 

Ditubuhkan pada tahun 1999 dan berpusat di Panama. Syarikat Luar Pantai Bebas Cukai yg menjanjikan pulangan yang amat lumayan kepada pelabur mereka. Pendapatan secara kasarnya diperolehi dari peningkatan nilai saham (CPS) yang dijual dengan harga permulaan $0.80 setiap syer (Harga pada 1 Jan 2010). Modal permulaan yg ditetapkan ialah 1000 unit. (USD 1050 atau RM 3570 bagi pembelian syer hari ni). Yang menariknya, VGMC juga menyediakan plan marketing seiras Piramid iaitu sistem binari 2 kaki bagi komisyen rekrut downline.

scam

Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada penghantar emel antivirgingold yang telah berkongsi maklumat terbaru ini. Yang saya kasihankan di sini golongan terpelajar yang kabur mata bila mendengar janji manis untuk cepat kaya. Nak tahu kisah selanjutnya?

Setelah LifeStyle World Card telah gagal dalam cubaan sebelum ini (dalam pada masa yang sama ramai yang telah menjadi mangsa), pengarah Lifestyle World Card telah mempromosi SCAM TERBARU : Virgin Gold Mining, dengan beraninya menggunakan nama Bank Negara dan Islam.
  • Kononnya : Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai.
  • Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah
 

Kenyataan Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Bank Negara dan Securities Commission Malaysia (SC) menyatakan bahawa Virgin Gold Mining adalah didapati mirip dengan Swisscash dan mereka akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat samada dalam yang mempromosi skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining, terutamanya leader yang telah blacklist dalam swisscash. Sekarang, mereka telah disenarai hitam dalam Alert List.

VGMC SCAM

Untuk melihat bukti di atas, klik  seperti di link disebelah dan cari huruf V. http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=1032&menuid=272&newsid=&linkid=&type=

Berikut adalah sebagian isi kandungan emel yang dihantar oleh Securities Commission Malaysia (SC)  mengenai Virgin Gold Mining ini :

Tuan,
Sila ambil maklum bahawa syarikat Virgin Gold Mining Corporation tidak diiktiraf dan tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan di Malaysia.
Pihak tuan adalah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga syarikat tersebut. Pihak kami juga menggalakkan tuan memberikan kami maklumat lanjut berkaitan syarikat ini.
Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan pelaburan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti di Malaysia, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC.
Pihak tuan juga boleh melawati laman web kami di www.sc.com.my untuk Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat  di dalam Alert List SC) maklumat lanjut mengenai Pengantara Berlesen kami dan maklumat lain berkaitan kawal selia pihak SC.
Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-62048999.
Yang benar,
Sekian, terima kasih.
Suhani Selamat Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Pesanan saya, tolong jangan gelap mata, kelabu warna apabila ditawarkan dengan kemewahan. Untuk melabur didalam pelaburan Emas dan silver bukanlah sebuah permainan yang boleh dipermudahkan kerana ia kunci kekayaan. Belajarlah dari yang pakar sebelum melakukan sebarang tindakan. Pada saya sendiri semakin banyak yang saya tahu tentang emas dan silver sebenarnya membuatkan saya rasa semakin banyak yang saya tidak ketahui. Teruskan membeli emas dan silver dalam bentuk fizikal yang boleh dipegang dan dirasa auranya. :) pasti anda akan tersenyum dikemudian hari. Jangan lupa zakat ok.

Jadi untuk mengelakkan lebih ramai lagi mangsa lain yang terlibat dan tertipu oleh skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining ini, di harap semua dapat memaklumkan kepada seberapa ramai rakan-rakan Facebook anda. Cepat sebelum keluarga anda tergolong didalam skim tersebut.

Ikhlas dari RibutEmas

www.ributemas.izzman.com

May 4, 2011 Posted Under Berita Emas

31 Responses to “Virgin Gold Mining disahkan SCAM”

  1. Financial & Investment Management Advisors…

    Very inspirational place of duty….

  2. wan says:

    Terima kasih di ucapkan di atas kesudian anda membuat ulasan dan nasihat yang berguna. Sebagai seorang manusia yang pernah lalui banyak pengalaman yang bermacam-macam dan susah untuk di ceritakan. Mengapa tidak saudara duduk dan bincang sendiri dengan orang yang telah berjaya dalam vgmc. anda hanya melihat dari jauh, dan memberikan komen dan ulasan mengikutkata hati anda. Anda tidak ada hak untuk “kondem”. Wal hal anda sendiri tak tahu info dan bersama mereka yang terlibat dengan vgmc secara langsung.namun saranan dari anda amat di hargai. sekian.

    • izzat says:

      salam wan, saya faham dengan apa yang tuan maksudkan, dan saya juga punyai kenalan “orang kuat” yang melabur dengan vgmc dan mendapat faedah daripadanya. Saya hanya memberi sedikit tips berhati2 pada teman2, agar tidak terlalu mengutamakan vgmc dalam menambah portfolio masing2. Ini kerana vgmc tidak mendapat kelulusan dari Bank Negara. Suatu masa ia akan menyusahkan ramai pihak. Jika tuan biase dengan pelaburan internet sebelum2 ini, pasti tuan akan faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Bg saya, pelaburan emas berbentuk fizikal lebih susah untuk ditipu berbanding emas virtual yang tidak berpangkalan di Malaysia. :)

  3. neg7 says:

    td ada kawan promote benda ni.. yg jd sgt2 meragukan bila ROI dia lbh kurang 10% per month atau 120% per annum.. tak masuk lagi untung dgn buat rolling emas online.. bila dia sebut je benda tu ati dah mula rse terdetik ada something wrong nih.. dia kata company ni akan jual dia punya stock sampai 2015, n duit tu di guna utk buka gold mining.. aku pun cuba la google, tp byak citer dari dalam malaysia n keliling je.. cuba2 cari international punya news tntang ni, tak de pulak msuk dlm bloomberg berita ni, katanya company besar dari panama nak public listed dlm new york exchange … so aku dpt buat kesimpulan, ni mmg scam…

    aku dah start risaw dgn kawan tu, dia da labur lebih RM40k sebab awl2 dia dpt pulangan banyak n kemaruk buat benda ni.. macam mana aku nak terangkan dkat dia ni tuk keluarkan semua duit dia dlm company tu sblum terlambat n sblum company tu hilang tiba2….

    • izzat says:

      Salam neg7.. tuan mmg seorang kawan yg prihatin.. mari sama2 kita selamatkan die.. :) suruh die bawak kuar sume share yg ade selagi cepat yg boleh. Selagi vgmc masih beroperasi, xde masalah la.. tp bayangkan tetibe hilang.. ayokk.. maka habislah segala impian, segala titik peluh selama ini hilang begitu sahaja. Sebagai seorg kawan tuan boleh lah nasihatkannya utk keluarkan sedikit demi sedikit. Pihak bnm telah katekan vgmc ni scam. maka perlu dielakkan.. mari tglkan yang shubhah.. teruskan dengan yang lebih jelas. tq

  4. Ding says:

    Prinsipnya mudah jer… kalo nak join saham, risiko tanggung sendiri… kalo tak nak join… tak payah la nak susah-susah nak kaji dan bagitau orang yg nie tak bgus la… yg itu tak bgus lah… kenyataannya yg da join da dapat bonus setiap bulan… itu jer… mudah kan…

    • izzat says:

      tq Mr Ding.. sudi komen ke web ini, apa-apa pon sebagai seorang pelabur yang bijak, perkara utama yang perlu dilakukan sebelum melabur didalam sesuatu saham adalah melihat prospectus company tersebut. Jika company pon tidak nampak bayang, adalah amat bahaya untuk melabur. Kini, banyak syarikat yg mengeksplotasi Emas sebagai ModesOperandi syarikat kerana harganye yg makin meningkat kini dah usd1672/oz. Dan menjadi tanggungjawab saya untuk mengkaji dan terus mengakaji serta memberi salam peringatan kepada semua agak tidak terlena dengan segala sumber yg menjana pendapatan dgn cpt. Akhir kata Saya doa kan Mr Ding berjaya dengan apa yg dilakukan.

  5. Ziyad says:

    biaq pi kat depa, depa dok syok lagi tu.. esok kena depa ketahuan la. orang nasihat dengaq sudah la , nk ikut ,ikut, tamau ikut senyap sudah la.. ni dok bantai balik.. manusia.. dia dok syok lagi .. biaq pi kat dia tuan penulis..

    • izzat says:

      salam ziyad..
      saya menulis artikel diatas bukan kerana nama, tapi sebabkan rasa kasihan dan kerisauan di hati ini yang membuatkan saya menulis dan tidak serik memberi amaran dan nasihat. Secara jujurnya Sejak 2 menjak ini, saya lihat semakin ramai yang mengikuti vgmc. saya sendiri tidak tahu dimana silapnya. Mungkinkah mereka tidak mendapat info diatas?. ataupon sengaja tidak megendahkan. saya merayu sekali lagi kepada yg telah terlibat untuk mengurangkan pegangan share di sana. ramai yang baru mengenali emas tidak tahu hakikat emas yang sebenar. saya hanya mampu berdoa agar rakan2 kita disana dibukakan pintu hati untuk bertindak kearah yang lebih baik.. amin.. tq ziyad dgn komen diatas..

  6. vgmc best says:

    aku bru masuk lbh kurang 1 thn.. pulangan best ooooo…. vgmc terbaiiiikkkk.. dulu x brapa nk percaya.. bila cuba… masyukkkkk…. yg x cuba ermm asyik dok kaji… kajiii… kajiii.. mcm mat jening jer…

  7. Melayu kita juga says:

    Assalamualaikum….

    Maaf jika menggangu. Disini saya ingin memohon tuan membuat kajian dengan lebih teliti. Kajian bukan sekadar mengiyakan statement. Kajian selalunya mengandungi pengiraan, jadual, graf dan apa saja yang dapat menyokong hasil kajian.
    Tuan menyatakan Bank Negara dan SC menyatakan VGMC mirip Swisscash. Saya berulangkali membaca email dari SC yang tuan lampirkan untuk mencari kenyataan tersebut tetapi tidak jumpa.
    Mohon tuan lakukan jadual perbezaan atau persaman VGMC dengan skim-skim cepat kaya yang tuan sebutkan diatas untuk persamaan yang lebih jelas.
    Diharap sebarang kajian lakukanlah dengan jelas dan teliti bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Memang kadang-kadang niat kita tu baik, tapi kita tidak tahu dengan niat tersebut boleh mendatangkan perpecahan dan fitnah antara kita. Wassalam
    Sekian, terima kasih.

    • izzat says:

      Wsalam..

      terima kasih kerana sudi bertandang..
      Maksud mirip swisscash yang saya nyatakan itu adalah modesoperadi yang digunakan hampir sama.
      Keduanya merupakan syarikat yang tidak berlesan serta risiko jangka panjang terhadap pelabor sangat tinggi
      andai VGMC lari atau disekat oleh BNM. Andai VGMC lari, kemana mahu dicari pejabatnya?
      Cume bezanya VGMC nampak lebih strong apabila menggunakan kepopularan Emas untuk menarik perhatian.
      Sedangkan para pelabor tidak dapat memegang emas yang dibeli, hanya saham emas berbentuk virtual.
      saya rasa tuan sendiri memahami dari segi hukum membeli emas bagaimana.Jika soalan ini dapat dijawab,
      maka sempurnalah segala persoalan. Semoga maju jaya. :) Ampon maaf kalau ada salah kata dan terasa.

      • suka bising says:

        kemana mau cari office vgmc?mmg ramai dah org pegi office dia kat dubai..termasuk kawan baik aku sendiri.berjumpa sendiri dgn org2 besar vgmc kat sana..skrg kalo nk tahu sgt,bank pun guna cara yg sama nk multiply thier money termasuk la pengacau besar iaitu Bank Negara Malaysia (Bencana Negara Malaysia).begitu juga dgn skim2 pelaburan yg di ‘halal’kan oleh BNM.mereka sebenarnya boleh beri pulangan lebih dari yg mereka katakan bahkan 70 % setahun ke 100% setahun pon boleh.tetapi mereka tak dapat nk wat sebab mereka pon ada gak nk ‘mkn’ lebih.tetapi bila ada skim yg bleh wat seperti apa diorg wat dn dpt bagi lebih,diorg akan kacau la sebab tak mau kaco kepentingan2 diorg mcm ASB yg tak penah2 naik dok mcm tu jer..

      • suka bising says:

        kalo yang dah masuk vgmc aku rasa the best way nk secure lu org punya pendapatan buat mcm aku.aku dh lama masuk vgmc,tapi setakat ni ok belum ada ‘gangguan2′ dari mana2 local punya pengacau.dapat je dividen cepat2 beli emas fizikal.dapat lagi dividen beli emas fizikal.dan mcm tu le seterusnya.kalo lingkup vgmc sekalipun emas fizikal aku dah ada.jadi investment sudah beralih dari ‘number’ gold ke bentuk ‘fizikal’ gold yg nyata dan investment still di teruskan cuma dalam bentuk yg nyata iaitu fizikal gold..tapi aku ucap terima kasih,org malaysia ni masih prihatin kepada mereka2 yg terlibat dgn skim2 mcm ni.thanks again atas keprihatinan anda yg risau takut jadi apa2 kat pelabur yg masuk skim ni mcm aku..

        • izzat says:

          salam.. terimakasih sudi meninggalkan komen bernas di sini..
          Ia tuan amat bernas. saya amat bersetuju berkaitan hasil dividen kemudian ditukarkan kepada emas fizikal. :)

          harap kepada yang telah melabur ke dalam vgmc dapat mengikuti idea dari tuan suka bising ni :) terima kasih sekali lagi.

          kami prihatin kerana kami sayang. sudah ramai yang macam2 tergadai sebelom ni. so we care..

  8. ira says:

    nampak tak yg peliknya dia kata virgin gold punya office di ‘offshore’. sebabtu dia tak kasi alamat. incase company tu hilang.. sapa nak bawak helicopter gi carik tengah laut nama company virgin gold nih… sgtla confuse.. yg ckp office dia di dubai.. takde kasi alamat pun…

  9. Mat Smart says:

    Salam;
    Aku diperkenalkan VGMC melalui rakan baru yang berjumpa scara kebetulan. Pada aku VGMC ni serupa gak yg lain, jgn dok kelabu mata. Mungkin yang masuk peringkat awal tu, terlepas la….yang akhir2 ni yang akan terima kesan….. Yang UTAMA aku nak habaq, awat org kita tak serik2, bila bagi tau tak cerdik nak marah. Tengok dulu…pikiaq guna akai…bukan main sembat je….asal masyukkk semua kerumun.
    Aku tabik rakan2 kita yg bagi nasihat diatas….nampak kan cantik..masih waras…jangan dok cari Syubahah.
    Disini aku saran buat jalan penyelesaian. Ada lubang yang halal, tidak syubahah serta yang UTAMA tidak melanggar undang2 negara. Tetapi perlu la modal. Mana boleh pakai ayaq lioq.Hasilnya amat lumayan.
    Iaitu saham. Melalui MITI. Website yang lain anda semua boleh surf, kalau nak tau yg ini, kena la berusaha surfing cari sendiri. Aku tak akan bagi sesenang itu. yang senang dan banyak itu SCAM namanya.

    Selamat berusaha.

    • izzat says:

      salam.. terima kasih dengan perkongsian dari mat smart.. kami di Ribut Emas cuba membimbing saudara2 termasuk kami sendiri dan kami juga cuba berkata benar walaupon ianya pahit. segala nasihat telah diberi, jika ia benar dan dapat berterusan Alhamdulillah.

      Cadangan Mar Smart mmg benar, masih ramai yang tidak mengambil peluang tentang saham yg perlu dimohon melalui Miti. Ia merupakan 1 batu loncatan yang baik untuk memakmurkan ekonomi keluarga. Namun nasihat Ribut Emas supaya anda semua tidak terlalu tamak. Bersederhanalah.. InsyaAllah bln3 ni 1 lagi kaunter bluechip akan keluar..maybe dari ank syarikat felda.. :)

  10. Aku Sendiri says:

    Terima kasih pada tuan penulis yang menulis artikel ini..ramai sahabat2 saya telah pun labur dalam VGMC ni..tp saya sorang je yg ‘tak makan saman’ dengan ajakan mereka itu. sy pn seperti tuan penulis, pengalaman selama 9 tahun dalam bidang pelaburan mengajar banyak benda..bg sy sendiri VGMC ni byk keraguan..dari segi agama kita sendiri pun, tidak menghalalkan jual beli emas yg mana emas itu kita tak boleh pegang (sory, tak pandai sgt nak susun ayat pasal hukum hakam ni)..VGMC ni bukan pelaburan emas, ianya hanyalah ‘money game’ yg mana trading nilai emas itu sahaja..sama jugak seperti ECMC dan seangkatan dengannya..kalu ikut, VGMC kata ECMC tu tipu, tp geng2 ECMC pulak kata VGMC tu tipu..pelik2 sungguh la org kita ni..nampak duit terus kelabu mata..halal haram dah taruk belakang..anyway, good artikel tuan penulis..

    • izzat says:

      salam..terima kasih sudi berkongsi di sini, papepon terpulang pada individu samaada mahu menerima nasihat atau tidak.
      kita hanya mampu memberi nasihat, tapi yang memberi hidayah tu Allah.
      semoga kita semua dijauhkan dengan perkara2 yang mendatangkan shubhah..

      tuan boleh berkongsi dan mendapatkan ilmu, berita semasa berkaitan emas, perak dan kewangan di ributemas ini. :)

  11. nash says:

    vgmc maksudnya very good manipulate customer , awas bakal berkubur mcm swisscash jugak

  12. tak tahu says:

    salam.. tak perlu gaduh2, senang cerita buat muzakarah, secara terbuka kat tv lagi bagus, panggil otai-otai vgmc, alim ulamak, pakar ekonomi dsb , berbincang dan cari penyelesaian. dah dapat penyelesaian hebahkan untuk umat sejagat…. dr segi kos…leh kumpul geng2 vgmc duit dah tak abis..YANG PENTING ADA USAHA UNTUK CARI JAWAPAN DAN PENYELESAIAN, jangan nak menuduh antara satu sama lain…’ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN MEMPERMUDAHKAN ISLAM’

  13. jzie says:

    Terus terang dengan anda, sejak saya mula-mula dengar tentang VGMC, saya tidak yakin dengan company ni, tapi disebabkan kawan saya yang introduce saya tu dah start tunjuk bukti wire transfer masuk Maybank2U dia, saya try letak 2 lot. Sape taknak, 10% setiap bulan. Mula Julai 2012 pulak naik 20% setiap bulan. InsyaAllah 5 Bulan sahaja dah dapat modal balik. Kenapa tunggu? Tidak percaya? Tidak Yakin? Saya amat rekemen anda untuk baca artikel ini: http://www.lombongvgmc.com

  14. Saiful says:

    Salam…samada scam atau tidak syarikat VGMC nie…biar parameter hukum agama yang tentukan…kaji halal haram dulu…kalu ok masuk kalu tak ambil langkah selamat…dalam dok kita dok kira untung rugi jgn lupa pasai zakat…secara peribadi berpendapat urusniaga nie perlu diperincikan lagi…sbb pelaburan emas ada syarat urusniaga…Jom kita kaji sama samada anda penyokong atau pemerhati….

  15. kamal says:

    Hmmm..dah setahun lebih artikel ni….kalu la aku xterbaca artikel ni dulu, sure aku dah join VGMC ni dulu…kiranya sekarang aku cuma dpt untung je….alahai…rasa mcm rugi xjoin dulu. Hari ni nk join mcm takut pulak sbb dh lama sgt. Anytime boleh collapse.

  16. mus says:

    OK. sampai hari ini tidak tipu. dividen bayar.

    lombong emas memang kaya cuma aku tunggu dia ada lombong emas je. sebab kos melombong katakan rm500 tapi boleh dapat emas rm1500 so memang logik boleh dapat dividen 10% sebulan. sebab proses emas ambil emas 24 jam je. lepas tu korek dan proses. kos cuma mula2 je. tak caya pergi lawat lombong2 emas di mana-mana………………… kalau dah ada hasil memang kaya di malaysia lombong emas terbesar dan melabur kat africa dan…………………..

  17. mus says:

    untuk makluman. lombong emas ada yang melabur RM200 juta tapi dapat hasil dalam 10 tahun RM1billion net profit.

    cuma betul nak pasti vgmc ni memang ikhlas nak buka lombong………………….. itu saja kena cari. nampak ok macam ikhlas. tapi kalau tanya bnm dan sc memanglah………..sebbab nanti kosong duit tabung haji, asb, dlllllllllllllllllllllllll

    • mus says:

      VGMC sah scam tapi smart………………. mana dia invest untuk bayar dividen 10% sebulan?????

      kalau lombong emas………… bohong sebab belum ada company yang dia invest pada lombong emas……………tak caya tanya vgmc……..bagi satu lombong emas yg da invest baru……betul………………………. tapi tanya tak jawab pun……..

  18. el-hakeem says:

    Hukum Pelaburan Spot Gold Index Trading
    Soalan

    Assalamualaikum,ustaz

    1.Perdagangan index emas ini merupakan pelaburan yang yang jarang orang dengar dan terlibat berbanding pelaburan emas fizikal seperti Public Gold,KFH Gold,Maybank Gold dan lain-lain.Keuntungan dan kerugian perdagangan ini berdasar turun naik harga emas.Pelaburan ini,mempunyai pasaran 2 hala iaitu boleh “long” dan “short”.Persoalan saya sini ialah apakah hukum menjalankan urusniaga index emas (spot gold index trading) dalam islam .

    Jawapan

    Hukum asal perniagaan saham termasuk index saham banyak dibincangkan oleh para ulamak kerana ianya adalah sesuatu yang baharu, ada yang menghalalkannya dan ada yang mengharamkannya berdasarkan nas-nas dan dalil yang dibawa oleh setiap pihak. Ada antara hujah tersebut menepati hakikatnya dan ada yang tidak menepati hakikatnya. Isu ini juga sama seperti pembelian melalui internet juga mempunyai pendapat yang sama dikalangan ulamak.

    Ulamak yang mengharamkannya adalah ditakuti berlaku penipuan seperti gharar, tadlis, tiada qabad, tiada ijab qabul, tiada serah menyerah pada masa yang sama dan sebagainya. Manakala ulamak yang mengharuskannya meletakkan syarat-syarat tertentu antaranya tiada gharar, salah satu bentuk istisna’ (tempahan), tiada paksaan dan sebagainya untuk memastikannya sebagai satu bentuk perniagaan yang dihalalkan. Ringkasnya ramai ulamak yang terdahulu (di peringkat awal) mengharamkannya. Manakala ulamak mutaahkir (kemudian) mengharuskannya.

    Dalam perniagaan index emas sebenarnya disebalik perniagaan itu terdapat emas yang betul yang dilakukan dalam bentuk jual dan beli serta mengambil keuntungan jika untung, dan menerima kerugiaan jika rugi. semuanya akan melibatkan duit sebenar yang ada di dalam akaun kita (pendeposit). Disinilah timbul khilaf ulamak, ada yang mengganggapkannya sebagai perniagaan “atas angin” maka mereka mengharamkannya atas dasar gharar. Manakala yang mengahruskannya menyatakan ianya adalah emas betul yamg dijual dan dibeli mengikut perubahan harga di peringkat dunia yang mungkin berubah pada setiap minit. Bagi yang menghalalkannya menyatakan ianya adalah benar-benar berlaku jual dan beli bukan sekadar “atas angin” sebab itu apabila untung kita dapat mengeluarkan duit keuntungan itu dalam bentuk cash, begitu juga sebaliknya jika rugi akan kehilangan cash (tunai) tersebut. Yang penting di sini ialah ianya mesti di lakukan dengan broker / bank yang berdaftar dan berperaturan (license and regulated) dan bukan yang tipu (scam).

    Perniagaan emas juga mesti memenuhi syarat yang disebut dalam hadis antaranya:

    -Yadan bi Yadin (Penyerahan tangan) seorang serah seorang terima.

    -Pada masa yang sama.

    -Nilai yang sama (5 gram dengan 5 gram).

    -Ada akad dan persetujuan bersama.

    Apabila syarat di atas di penuhi maka ianya adalah di halalkan. Apabila kita perhalusi hadis ini dan apa yang berlaku maka kita akan dapati dalam perniagaan emas yang diwakili oleh index emas ianya adalah halal kecuali apabila ia melibatkan riba.

    Manakala pembelian secara Long dan Short juga di bincangkan oleh ulamak ianya juga mempunyai dua pendapat, tentang Long semua ulamak bersetuju manakala short ada yang bersetuju dan ada yang mengharamkannya, yang sahih ianya adalah dibolehkan.
    Kategori

    petikan diambil dr post saudara toto di carigold forum
    -sekadar berkongsi ilmu

Leave a Reply

*
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline