Waktu terbaik untuk beli emas dan perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat disamping keluarga tersayang. Terima kasih kerana setia bersama Ribut Emas dalam menambah ilmu pengatahuan berkaitan emas, perak dan kewangan semasa. Dari hari ke hari web ini semakin bertambah pelawatnya. Dapat saya lihat dari web traffic, ramai pelawat dari pelbagai tempat mengunjungi web ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Apalah gunanya emas dan perak jika kita tiada ilmu untuk menguruskannya. Jadi, disinilah tempat terbaik untuk kita semua berkongsi ilmu, berita dan sebagainya bagi manfaat seluruh alam. InsyaAllah. Perkongsian kali ini amat berharga terutama kepada peminat emas dan perak. Di mana dapat dilihat dari graf emas dan perak didapati trend menurun sedang berlaku. Bagi sesetengah pihak, ia amat menakutkan. Tetapi ia sebenarnya adalah petanda baik kepada kita semua untuk menambah portfolio dalam emas dan perak. Ia juga baik bagi golongan yang baru ingin berjinak-jinak dalam menyimpan emas dan perak. Tiada istilah terlambat menyimpan dalam dunia emas dan perak. Di mana anda bermula bukan menjadi persoalannya, tetapi yang menjadi persoalannya adalah bila anda mahu bermula menyimpan emas dan perak. Kerana dengan langkahan pertama andalah yang akan menentukan langkahan seterusnya. :)

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat graf turun naik emas terlebih dahulu.

GRAF EMAS

Dari graf diatas, didapati trend menurun sedang berlaku, untuk makluman semua, harga diatas adalah didalam usd dan menunjukkan harga per 0unce atau lebih dikenali sebagai oz. Pada akhir ogos yang lalu, untuk rekod tertinggi harga emas telah melonjak ke paras usd1900/oz. Jika dilihat kini 22 november harga menurun kepada lebih kurang usd 1680/oz. Bagi yang ingin menambah emas, inilah masanya yang terbaik. Lihat harga terkini di dalam RM seperti di bawah:

emas harga
Harga emas menurun

Bagi peminat perak@ silver juga boleh rujuk graf dibawah, juga sedang mengalami penurunan. Ambillah peluang terbaik ini yang hanya seketika sebelum ia kembali naik. Buangkan ungkapan yang biasa kita dengar seperti “Kalaulah aku beli dari dulu.. emm” Graf penurunan silver serperti di bawah :

graf perak

Harga perak di pasaran dunia juga sedang menurun, setakat 22 november harga perak dunia di tahap usd 31.8/oz. Lihat harga murah seperti dibawah, untuk makluman harga-harga tersebut akan berubah setiap minit. Catatan ini di ambil pada waktu tengah hari 22 november.

perak harga

harga perak juga sedang mengalami penurunan

Akhir kata dari saya, selamat bershopping. hee.. Jika ada sebarang pertanyaan boleh lah hubungi Ribut Emas. Sekian saja perkongsian untuk anda semua. Selamat maju jaya.

Web : Ribut Emas

Like Facebook Pages : Ribut Emas

 

November 23, 2011 Posted Under Berita Emas

Leave a Reply

*
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline