Syiling emas dan perak lama ditemui di Sarasota, Florida

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat di samping keluarga tersayang. :) Bertemu kita lagi dalam sesi seterusnya bersama Ribut Emas. Sesi kali ini adalah bertajuk Syiling emas dan perak lama ditemui di Sarasota,Florida.

Kami di Ribut Emas mencerahkan isu ini kepada umum kerana bagi membuka mata anda semua yang masih belum mengetahui hakikat wang yang sebenar. Dengan pembuktian penemuan ini, maka benarlah teori fakta yang mengatakan wang sejak zaman dahulu adalah berunsurkan emas dan perak. Namun jika kita lihat kini, ia telah di tukar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya di panggil wang. Duit bernilai besar kini hanyalah diperbuat dari kertas dan polimer. Apabila ia di bakar, maka lenyaplah ia dari dunia ini berbanding emas dan perak yang utuh nilainya walaupon menjadi debu. :) Teruskan dengan pencerahan di bawah :

syiling emas florida

BEBERAPA keping duit lama syiling emas dipegang oleh seorang pakar harta karun di sebuah lokasi rahsia di Sarasota, Florida kelmarin.

TAMPA – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan sejumlah duit syiling perak dan emas yang ditemui dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804 telah dihantar ke Sepanyol dengan dua buah pesawat semalam.

Kapal itu karam selepas dibedil sebuah kapal perang British. Duta Sepanyol ke AS, Jorge Dezcallar de Mazarmen menyaksikan dua buah pesawat kargo Sepanyol membawa 594,000 keping duit syiling perak dan artifak lain di Pangkalan Tentera Udara MacDill di sini.

Sebelum ini hakim sebuah mahkamah mengarahkan firma Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di sini menyerahkan duit syiling dan artifak tersebut kepada kerajaan Sepanyol dalam satu perbicaraan berhubung pemilikan harta karun itu.

Firma itu menemui bangkai kapal Sepanyol, Nuestra Senora de las Mercedes di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007. Ketika itu, harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion). Kapal tersebut dipercayai membawa 200 orang semasa ia karam. – Agensi

Sekian sahaja dari Ribut Emas, Semoga anda semua mendapat sedikit pencerahan dan manfaat dari apa yang ingin Ribut Emas sampaikan. Jika perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan emas, perak dan ekonomi semasa, anda boleh hubungi kami Ribut Emas.

Jangan lupa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk like dan share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Web : http://ributemas.izzman.com

Facebook Pages : http://www.facebook.com/ributemas

February 26, 2012 Posted Under Berita Emas

Leave a Reply

*
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline